tabung gajah^^

muka surat

Wednesday 10 August 2011

lagi isu halal

tahukah anda???

saya tengah pening lalat fikir pasal mende ni...
^_*

pagi - pagi macam nie, tiba - tiba lepas sahur tadi mak aku tanyer pasal halal sebab kawan mak aku ada jumpa satu E code yang disyaki haram dalam serbuk kopi yang dia beli. nanti aku akan cuba update balik e code tu lepas mak aku confirm kan e number tu na...

mak aku tanyer…

"eh! E ape yang haram tu?"

tetttttt~~~~

dalam otak memang dah lama tersenarai E102 ngan E110 since aku sekolah menengah lagi. maybe sebab aku nie jenis yang benda pertama aku dengar pasal something akan melekat and memberi kesan yang apa yang aku fikir pasal isu yang sama lepas tu...

tapi, lepas aku belajar halal dan kawan - kawan aku pun ada bincang or else paling tidak borak - borak pasal isu nie, macam - macam aku dah dengar and interpret dengan sendiri daripada semua tu...

orang kata, kadang - kadang bila kita tak dengar pendapat dan pandangan orang lain, we tends to be sangat tak berfikiran luas and fikir ikut cara kita sendiri yang mungkin akan salah. dan aku kata

"kita kena belajar untuk dengar pendapat dan pandangan orang lain supaya kita tahu untuk berfikir dengan lebih rasional"

ewaahhhh!
^_*

daripada apa yan aku dengar pasal E number yang aku cakap kat atas tu tak halal, baru sekali aku dengar orang cakap dengan aku pasal isu ni yang buat aku fikir

"a'ah kan... nape aku tak pernah nak terfikir mende tu?"

kalau korang baca kat ingredients makanan yang ada E code/ E number ni, mungkin salah satu yang orang asyik perkatakan tentang haram adalah

>> E110 - sunset yellow
>> E102 - tartrazine

dua - dua additives yang aku bagi tu adalah artificial coloring agents. dibenarkan untuk digunakan di dalam makanan dalam kadar yang tertentu. berapa banyak tu, kene belajar lagilah kan -____-

nak dijadikan cerita... satu malam yang agak nak dekat dengan final exam sem lepas, isu halal starbucks yang coursemate aku share kat group kitorang

"STARBUCKS telah disahkan haram oleh JAKIM. Please note that all chocolate, vanilla and coffee drinks at Coffee Bean and Starbuck contains E471 (Emulsifier 471), mono di-glycefides which is from animal origin (pork). Raspberry Frap uses cherries that has been dip n alcohol & the tiramisu contains RUM. Please pass this message to our muslim friends. Call JAKIM 03 - 8886 4000 for more info..."

menjadi bualan hangat students food tech UPM ^_*

dalam salah satu sesi berborak-pasal-isu-nie kawan aku cakap pasal isu halal E110 dan E102 dan jugak artificial coloring agent warna merah. origin artificial color merah ni kalau ikutkan adalah daripada cochineal yang mana merujuk kepada serangga. salah satu ayat yang aku ingat, kawan aku nie pernah cakap

 "mana ada pewarna daripada lemak babi. cuba kita fikir, bahagian mana kat haiwan tu yang boleh dibuat warna? kulit ke? mestilah bukan... selalunya kalau babi nie mesti ade kaitan dengan lemak. jangan accept je apa orang cakap, tapi fikir dulu..." 

time nie aku terfikir, memang betul apa yang kawan aku tu cakap. E number 100 ~ 199 berkaitan ngan colors... 

dan isu nie pun pernah disentuh oleh Prof Dato's Dr Ismail Hj Ibrahim dalam IMT-GT (Indonesia-Malaysia_Thailand Growth Triangle) HalalScience and Management Symposium 2009.

korang boleh tengok nie http://www.halal.upm.edu.my

tapi nie 2009... skang dah 2011... mungkinkah ada perubahan? kalau korang tau bley inform... sangat - sangat dipersilakan...

jadinya, apa yang sangat menjadi isu pasal E100 yang diperkatakan itu tidak halal???  
kalau ada yang boleh jelaskan, jangan malu - malu... sila respon ye
^_*

 merujuk balik isu starbucks yang di post tu...
listed:
"E471 (Emulsifier 471), mono di-glycefides which is from animal origin (pork)"


E471 adalah mono dan diglycerides fatty acid

*note: adakah itu spelling error? refer ejaan diglycerides dan diglycefides yang aku underlined kan tu*
aku google diglycefides untuk carik functions as emulsifier. tapi dalam google search tu xde diglycefides tapi ade diglycerides. kalau kita google something, bila ada spelling error akan keluar "search instead of" tu kan?? 
  

 bila kita click balik kat ejaan diglycefides tu...akan keluar nie


so?? camne?

aku nak cakap lebih - lebih pasal hal nie, aku pun tak berilmu sangat. tapi untuk yang minat giler minum starbucks punyer kopi korang boleh baca nie


secara ringkasnya...

"Restoran Starbuck Coffee telah mendapat Sijil Pengesahan
Halal dari JAKIM bermula dari 1 Ogos 2009 dan akan tamat
pada 31 Julai 2012. Justeru JAKIM menasihatkan pengguna
yang ingin ke restoran Starbuck Coffee maka perlu melihat Sijil
dan logo halal yang dipamerkan di restoran tersebut atau
merujuk www.halal.gov.my untuk pengesahan"

bagi yang tak suka dan tak pernah or memang tak nak minum, tak ada masalah sangatlah kot kan...

bagi yang dah tak yakin dan rasa was - was or masih keliru - pening - pening lalat cam aku ni, baiklah dielakkan... 


tapi apa pun, aku nak share pasal E471 nie gak...
 
Functions E471 dalam makanan adalah sebagai anticaking agent, emulsifier dan stabilizer. macam yang kita tau, emulsifier ni dihasilkan daripada lemak haiwan atau pun tumbuh - tumbuhan. jadinya, perkara yang akan menimbulkan konflik tentang halal dan haramnya sesuatu bahan itu adalah sumbernya...

jika datangnya daripada sumber yang halal, maka halallah makanan tu...

samalah jugak macam emulisifier nie...

macam yang kita tahu, origin for emulsifier adalah haiwan dan tumbuhan. makanya, kalau haiwan tu halal, halal lah emulsifier tu...

betul tak apa aku cakap nie???

sebelum korang setuju, meh jawab soalan nie dulu...

1. haiwan tu disembelih dengan cara yang betul ke?

2. adakah lemak haiwan yang halal tu disimpan ditempat yang sama dengan lard (lemak babi)? mungkinkah ada cross contamination?

3. siapa yang sembelih haiwan halal tu?

4. baca bismillah ke tidak?

5. putus ke urat mari' dan halqumnya? putus ke jagular vein and carotid artery nya?

kita kena ingat, sesuatu makanan daripada sumber haiwan tu akan jadi halal bila dia disembelih dengan cara yang betul mengikut yang tercatat dalam Syariah Law selain daripada ikan. walaupun lemak tu datang daripada lembu sekali pun tapi kalau lembu tu tak disembelih dengan betul, tak halal kan jadinya emulsifier tu?

kalau haiwan tu halal tapi non slaughtered, tak halal lah jugak lemak yang diambil daripada haiwan tu... bukan setakat lemak je, tapi tangan, kaki, mulut pun samelah jugak kan?

camtulah sebenarnyer... jangan terus pegang status halal bila haiwan tu halal. tapi pegang lah status halal tu bila makanan tu datang daripada sumber yang halal.

sumber yang halal kat sini tu merangkumilah daripada haiwan apa, cara sembelihan, siapa yang sembelih, cara pemporosesan, packaging, storing sampailah penghantaran bahan makanan tu...

memang complex bila kita fikir banyak - banyak dan berulang kali. lebih - lebih lagi bila ilmu di dada *_^ tak berapa nak sempurna lagi *cam aku ni*... banyak lagi yang kita kena tahu dan ambil tahu. betul ke tidak? betul ke tidak??
*_^

anyway, nie antara precaution steps yang aku belajar kalau nak tau produk makanan tu halal ke tidak kat Malaysia nie...

1. logo halal JAKIM


yakinlah dengan logo halal Malaysia yang JAKIM dah iktiraf. tapi kalau masih ada yang berbicara tentang
 
1. macam mana kalau logo tu palsu?
2. kalau syarikat tu tak renew logo dan ada isu halal pasal produk yang mereka hasilkan?
3. JAKIM cakap halal tapi JAIS (Jabatan Agama Islam Sarawak) cakap tak halal... macam isu Golden Churn Butter dalam kek lapis sarawak tu? Nak rayer dah nie...

so? camne?

elakkanlah ye... was - was namenyer tu... syubhah... 

kalau still nak tau lagi status halal tu, check lah kat JAKIM...  bak kata kakak aku...

SMS JAKIM

HALAL < > SEMAK < > No pendaftaran syarikat (ROC)
hantar ke 15888

*teeehee* ^^ aura iklan*

untuk information pasal golden churn butter tu korang boleh baca nie

nota kaki: andai ada yang tersilap dalam isi penulisan entry untuk kali nie, feel free untuk komen dan betulkan... aku pun masih mencari maklmat yang betul lagi sahih dan tidak menimbulkan kekeliruan...

SALAM RAMADHAN
*_^
 

2 comments:

  1. Aku ping ni dekat Blogger ek..mne tau dapat trafik tinggi dan ramai yang respon!:)

    ReplyDelete
  2. bley2...
    dipersilekan...
    mane tau ade y lagi tau... bley tlg explain lg betul...
    thanks tantan^_*

    ReplyDelete