tabung gajah^^

muka surat

Saturday 10 November 2012

me vs final year

assalamualaikum!

to the readers... kalau "s" tu should be present la kan ^^

hari ketiga kat rumah, merasa midterm break selepas 9 minggu jadi student yang konon - konon baik...
shoot! dah sembilan minggu... september tu berjalan macam 24 hours, tak terasa sembilan minggunya. berbeza dan sangat - sangat berbeza...

Test 1 pun tak rasa macam patutnya dah lepas sedangkan Test 2 dah memanggil - manggil. what a hectic life! Subhanallah...

Counting the day for December to come...

Dengan PD yang masih tak berjaya di selesaikan even product launching dah tinggal berapa hari sangat pun... dengan formulation yang masih tak berapa nak stick dengan satu idea... dengan packaging and also video untuk product launching yang masih tak selesai... tapi nampaknya semua orang masih mampu bertenang...

bak kata one of my lecturer, "dah final year kan? Tak tension kan kalau kena present? Sebab dah tau semua tu assignment, tak ada pun nak stess..."

mungkin dia nampak kami lebih tenang. presentation pun boleh cakap dengan nada bertenang even jantung macam nak terkeluar daripada ribcage tapi semuannya under control...

Proposal untuk FYP pun macam tak start lagi... sampai ke hari ni terngiang - ngiang suara akak master tanya dalam lab, "eh? proposal bila nak hantar?"

dengan muka tak bersalah even dalam hati macam nak menyorok bawah meja lab terus sebab ada orang lain dengar akak tu tanya soalan. dalam kepala cuba terbayang journal list yang terperangkap dalam file tak terusik...

sungguh macam tak percaya, 4 tahun tu dah berjalan macam air... dulu, hati macam sakit sangat nak bergerak atas title "student foodtech"

tapi betullah, Allah dah pesan...

"...Dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu sedang ia lebih baik bagimu, Dan boleh jadi kamu kasihi sesuatu sedang ia melarat kepadamu. Dan Allah mengetahui tetapi kamu tidak mengetahui..." ~Al - Baqarah, 216~

kalau kita take something from the positive side, insyaAllah, Allah akan bagi semuanya yang positif - positif... sekali kita anggap benda tu negatif, dan kita tak berusaha untuk ubah kita jadi positif, maka negatif la sampai bila - bila... kan?

sampai - sampai rumah ke khamis malam jumaat hari tu, puan mak punya soalan pertama adalah, "Dah habis test?"

sebab petang rabu ada satu quiz.

muka senyum sambil jawab "naik cuti ada lagi test!"

puan mak balas dengan muka tak bersalah, "kalau macam tu tak payahlah balik..."

oh... mak...

sedih tak dengar? I don't know you all akan sedih atau tak... but for me, yes I will...

baru final year student, masa nak bercuti dan luangkan masa dengan family tu macam dah terhad... weekend... kalau dah kerja nanti? where's my weekend will be spend?

moga Allah tak buat aku lupa diri bila dah kerja nanti...

ok! drop the sad story!

anyway, even final year sangat banyak kerja. secara jujurnya, I feel better daripada student first year! mungkin sebab dah lebih tahu urus masa dengan baik. dah lebih faham perangai orang sekeliling... dah lebih bijak untuk uruskan hal sendiri tanpa perlu ada orang jadi supporter... dah lebih tahu nak letak

"Allah sebagai tempat bergantung yang utama..."

InsyaAllah...

wish me all the best...
and I will all the best to all of us...

semoga sentiasa dalam redha Nya ^_^

assalamualaikum!

notakaki: sapa rasa nak amek foodtech, please make a move... foodtech bukan belajar pasal makanan aje tau! *promo*

0 comments:

Post a Comment