tabung gajah^^

muka surat

Sunday 18 March 2012

law kana bainana

semalam, semalam dan semalam lagi... mungkin juga sehari sebelum semalam yang 'semalam lagi' tu ^_*

aku dan adda dah berjaya buat centrifuge kat lab nutrition rosak tanpa kitorang sedar. mungkin juga bukan salah kami... aku sendiri pun confused... salah siapa sebenarnya...

adakah aku yang salah unscrew rotor sampai centrifuge tu jadi unbalanced?
memandangkan centrifuge dah rosak dan kami memerlukan centrifuge untuk buat analysis erythrocyte, so... kenalah menapak turun ke floor bawah untuk pinjam centrifuge...
satu petang, time adda temankan raja bagi diet kat subjects... aku buat centrifuge tu sensorang... dengan mata dan kepala yang agak kurang stabil sebab baru bangun tidur sementara tunggu 30 minit untuk samples disimpan dalam freezer, aku nampak satu artikel


aku rasa, kalau hangpa tengok betoi - betoi... memang dapat baca... even amek guna camera cikai... somehow, gambar nie akan remind aku yang aku hidup kat satu fasa... satu zaman yang jauh jaraknya daripada zaman Nabi SAW...

sampai tak pernah tahu how Rasulullah SAW looks like... 

I quote it back...
Ali bin Abi Talib ra bercerita tentang sifat Rasululullah SAW:
"Rasulullah tidak terlalu tinggi dan tidak juga terlalu pendek. Baginda bertubuh sederhana dalam kaumnya. Rambutnya tidak kerinting bergulung dan tidak juga lurus kaku, melainkan ikal beralun. Badannya tidak gemuk, bentuk wajahnya tidak bulat, tetapi bujur telur. Kulitnya putih kemerah - merahan. Matanya hitam pekat dan bulu matanya lentik. Tulang sendinya gagah, bahunya bidang. Badannya bersih daripada bulu dan rambut, tetapi mempunyai bulu yang memanjang dari dada sampai pusat. Telapak tangan dan kakinya terasa tebal. Apabila Rasulullah berjalan, pergerakannya kelihatan tegap (kakinya diangkat dengan kekuatan), seolah - olah Baginda turun dari tempat yang tinggi. Apabila baginda berpaling, kedua - dua bahunya berpaling serentak (seluruh badannya turut berpaling). Di antara kedua - dua bahunya, terdapat khatamun - nubuwwah, iaitu tanda kenabian. Rasulullah merupakan seorang manusia yang hatinya paling pemurah. Baginda adalah seseorang yang katanya paling jujur. Manusia yang perangainya paling lembut dan paling ramah dalam pergaulan. Sesiapa yang melihatnya kali pertama, pasti akan menaruh rasa hormat dan segan kepadanya. Sesiapa yang berkenalan dengan baginda, tentu nanti akan mencintainya. Orang yang menceritakan sifat Rasulullah, tentunya akan berkata "Belum pernah aku melihat seseorang yang setanding dengannya, sama ada sebelum kelahiranya atau pun sesudah Baginda meninggal dunia" (Riwayat At - Tirmizi)

dalam masa 15 minit tunggu centrifuge tu stop...

buat aku berfikir...

kenapa perlu dicari idola yang tidak kita tahu kelebihannya itu nyata atau palsu
mengapa perlu diagungkan manusia yang sifatnya bukan maksum
mengapa perlu diikuti nasihat yang datangnya bukan daripada pada Allah
apa perlu dicontohi tingkah yang jelasnya tidak terpuji

sedangkan
ikutan yang telah Allah kirimkan buat kita
jelas ada
tapi kita yang celik masih mampu membutakan mata
dan memekak telinga

andai malam ini malam terakhir buat kita melihat dunia
biarlah ia menjadi malam yang akan membawa kita ke syurga
andai saat ini bakal terhenti
hentikanlah ia dengan rasa kasih pada kekasih Allah


aku pesan pada korang, untuk pesan pada aku

kalau jatuh cinta
biar pada Dia yang sempurna

nota kaki: mungkin akan ada yang tak faham dengan apa yang aku tulis... somehow, I hope, there'll be someone yang akan faham apa yang aku cuba tulia

*_^
assalamualaikum!

0 comments:

Post a Comment