tabung gajah^^

muka surat

Saturday 24 March 2012

sabahat

assalamualaikum!

hari ini aku nak berbicara mengenai "sahabat"

bila kita cakap pasal sahabat, semua orang pasti akan kaitkan dengan kawan, lelaki mahu pun perempuan. selalunya, kita dengar orang akan kata

"bercinta sampai ke syurga"

tapi hari ni aku tertarik dengan frasa
"bersahabat sampai ke syurga"

maksudnya, melalui jalan persahabatan kita dengan segala ilmu dan bekalan yang akan membawa kita dan sahabat - sahabat kita bersama - sama ke syurga.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a beliau berkata:
"Rasulullah s.a.w telah bersabda. maksudnya: 'Seorang Mukmin itu berada di atas agama (gaya hidup dan perilaku) sahabatnya. Maka, salah seorang daripada kamu hendaklah memerhatikan dengan siapakah dia bersahabat'"
(Riwayat al - Tirmizi dan Abu Daud)

dengan siapa kita bersahabat mampu menjelaskan peribadi kita kerana sahabat adalah cerminan terbaik untuk kita. jika baik sahabat kita, maka bergitulah kita. insyaAllah...

sehingga kadangkala, bersahabat dengan mereka yang baik, akan tertutuplah segala kekurangan kita.

manusia senang dipengaruhi oleh keadaan sekelilingnya. kalau tak terpengaruh banyak, sikit pun mesti ada. right?

contohnya:

jika kita bersahabat dengan mereka yang menutup aurat, pasti kita akan cuba untuk menutup aurat seperti dia. kerana kita sentiasa melihat dia sebagai satu teladan yang ada di hadapan mata. begitulah sebaliknya. tapi aku tak juga katakan, orang yang tidak menutup aurat tak berkawan dengan mereka yang menutup aurat. cuma di sini, kuasa pengaruh itu yang aku cuba perjelaskan.

jika bersahabat dengan mereka yang suka benda - benda mahal. si sahabat juga akan suka benda - benda mahal secara tidak langsung. lets imagine, takkanlah... nak biar kawan seorang diri belek baju dalam padini sedangkan diri tunggu kat luar pintu kedai semata - mata. betul tak?

jika bersahabat dengan "orang masjid", insyaAllah hati kita juga akan terdetik untuk sama - sama pergi masjid dengan dia. ada kawan, baru bersemangat. betul tak? *_^

aku tak pandai berbahasa tapi aku cuba untuk bercerita ^_*

anyway, ada sedikit bingkisan yang aku nak kongsikan untuk korang. mungkin, ini dapat membantu kita dalam mengenal erti sebenar frasa

"bersahabat sampai ke syurga"

1. ikhlaslah dalam bersahabat
2. tidak bersangka buruk dalam persahabatan
3. saling menasihati dalam persahabatan
4. sentiasa memaafkan dalam persahabatan
5. menjaga suara dalam persahabatan
6. amal makruf dalam persahabatan
7. jujur dalam persahabatan

carilah sahabat yang berilmu
bukan sekadar pandai mengenai ilmu dunia, tapi bijak dengan ilmu akhirat. agar kelak, dia akan membimbing kita untuk bersama - sama ke syurga

carilah sahabat yang pemalu
yang malu untuk melakukan dosa. yang malu untuk mendekatkan diri dengan maksiat.

carilah sahabat yang tidak suka mengadu - domba
yang pandai menjaga bicara dan menyimpan rahsia.


carilah sahabat yang betul supaya kelak kita akan sama - sama berada di syurga Nya. 
carilah sahabat yang mampu memimpin kita ke jalan yang benar
yang mampu mencambahkan rasa kasih kita kepada cinta agung
yang mampu membuatkan bibir kita melafazkan dengan sebenar - benar ikhlas

"bahawa aku menyayangi mu kerana Allah, duhai sahabat"



notakaki: kalau salah tolong tunjukkan
assalamualaikum
^_*

0 comments:

Post a Comment