tabung gajah^^

muka surat

Showing posts with label food tech upm. Show all posts
Showing posts with label food tech upm. Show all posts

Saturday, 24 March 2012

sunday=working day

selalunya, when we mention sunday
peoples always think that it's holiday
same goes to me

hari ahad adalah hari untuk berehat dan bertenang
hari untuk bersama keluarga
hari untuk buat movie marathon
hari untuk lepaq baca novel
hari untuk buat semua yang tak sempat nak buat time weekdays

tapi
since aku start practical
I learned new thing or lebih mudah aku diajar untuk faham sesuatu

"a researcher have no holiday"

waaaaaa!!!!
sebenarnya, ada aje holidaynyer... but it depends on your research. kalau research tu memerlukan kita buat kerja weekend, then we have to lah kan? even rasa macam tak nak...

even aku sekarang ni just practical student and kelihatan seperti research assistant, tapi aku belajar untuk adapt dengan kerja - kerja as a researcher dengan jayanya... manalah tau kan, Allah tetapkan rezeki aku dalam bidang penyelidikan... siapa tahu kan? plus, aku selalu remind diri aku apa yang seorang kawan pernah cakap kat aku

"please think negative before think negative"

so, be positive... kena ingat negative effect sebelum kita berfikiran negatif...

anyway, for those yang ada masa untuk cuti on sunday...
gunalah cuti hangpa baik - baik
p lepaq ngan family ka...
bakal wife ka...
bakal husband ka...
ngan anak - anak ka...
mesti depa happy and you all pun akan happy

anyway...
kerjalah hari - hari pun
tapi jangan lupa

KEEP ALLAH AND YOUR FAMILY FIRST!

happy sunday !

 

Sunday, 18 March 2012

law kana bainana

semalam, semalam dan semalam lagi... mungkin juga sehari sebelum semalam yang 'semalam lagi' tu ^_*

aku dan adda dah berjaya buat centrifuge kat lab nutrition rosak tanpa kitorang sedar. mungkin juga bukan salah kami... aku sendiri pun confused... salah siapa sebenarnya...

adakah aku yang salah unscrew rotor sampai centrifuge tu jadi unbalanced?
memandangkan centrifuge dah rosak dan kami memerlukan centrifuge untuk buat analysis erythrocyte, so... kenalah menapak turun ke floor bawah untuk pinjam centrifuge...
satu petang, time adda temankan raja bagi diet kat subjects... aku buat centrifuge tu sensorang... dengan mata dan kepala yang agak kurang stabil sebab baru bangun tidur sementara tunggu 30 minit untuk samples disimpan dalam freezer, aku nampak satu artikel


aku rasa, kalau hangpa tengok betoi - betoi... memang dapat baca... even amek guna camera cikai... somehow, gambar nie akan remind aku yang aku hidup kat satu fasa... satu zaman yang jauh jaraknya daripada zaman Nabi SAW...

sampai tak pernah tahu how Rasulullah SAW looks like... 

I quote it back...
Ali bin Abi Talib ra bercerita tentang sifat Rasululullah SAW:
"Rasulullah tidak terlalu tinggi dan tidak juga terlalu pendek. Baginda bertubuh sederhana dalam kaumnya. Rambutnya tidak kerinting bergulung dan tidak juga lurus kaku, melainkan ikal beralun. Badannya tidak gemuk, bentuk wajahnya tidak bulat, tetapi bujur telur. Kulitnya putih kemerah - merahan. Matanya hitam pekat dan bulu matanya lentik. Tulang sendinya gagah, bahunya bidang. Badannya bersih daripada bulu dan rambut, tetapi mempunyai bulu yang memanjang dari dada sampai pusat. Telapak tangan dan kakinya terasa tebal. Apabila Rasulullah berjalan, pergerakannya kelihatan tegap (kakinya diangkat dengan kekuatan), seolah - olah Baginda turun dari tempat yang tinggi. Apabila baginda berpaling, kedua - dua bahunya berpaling serentak (seluruh badannya turut berpaling). Di antara kedua - dua bahunya, terdapat khatamun - nubuwwah, iaitu tanda kenabian. Rasulullah merupakan seorang manusia yang hatinya paling pemurah. Baginda adalah seseorang yang katanya paling jujur. Manusia yang perangainya paling lembut dan paling ramah dalam pergaulan. Sesiapa yang melihatnya kali pertama, pasti akan menaruh rasa hormat dan segan kepadanya. Sesiapa yang berkenalan dengan baginda, tentu nanti akan mencintainya. Orang yang menceritakan sifat Rasulullah, tentunya akan berkata "Belum pernah aku melihat seseorang yang setanding dengannya, sama ada sebelum kelahiranya atau pun sesudah Baginda meninggal dunia" (Riwayat At - Tirmizi)

dalam masa 15 minit tunggu centrifuge tu stop...

buat aku berfikir...

kenapa perlu dicari idola yang tidak kita tahu kelebihannya itu nyata atau palsu
mengapa perlu diagungkan manusia yang sifatnya bukan maksum
mengapa perlu diikuti nasihat yang datangnya bukan daripada pada Allah
apa perlu dicontohi tingkah yang jelasnya tidak terpuji

sedangkan
ikutan yang telah Allah kirimkan buat kita
jelas ada
tapi kita yang celik masih mampu membutakan mata
dan memekak telinga

andai malam ini malam terakhir buat kita melihat dunia
biarlah ia menjadi malam yang akan membawa kita ke syurga
andai saat ini bakal terhenti
hentikanlah ia dengan rasa kasih pada kekasih Allah


aku pesan pada korang, untuk pesan pada aku

kalau jatuh cinta
biar pada Dia yang sempurna

nota kaki: mungkin akan ada yang tak faham dengan apa yang aku tulis... somehow, I hope, there'll be someone yang akan faham apa yang aku cuba tulia

*_^
assalamualaikum!

Saturday, 11 February 2012

kerja mana?

hi there!
assalamualaikum!

how's today? aku? okay okay je... hari ni cuti selepas 3 hari working days... anyway... hari ni nak tanya?  
 
KORANG RASA FOODTECH KERJA KAT MANA?

ada sesiapa berani bagi jawapan tepat? sila kan???

simply says... there's no specific place for us to work. lebih kurang macam biotechnologist la rasanya *if I'm not mistaken*

biotechnoligist boleh involve dalam bidang - bidang makanan. foodtechnoligist pun sama... kami boleh involved in biotech world...

tahukah korang?
pelajar yang bergraduasi secara total daripada bidang teknologi makanan boleh menjadi

1. researcher
2. consultant
3. pegawai kualiti makanan
4. nutritionist
5. food producer

and lots lots more... semua ni ramai tak sedar...

researcher
sekarang, aku practical dalam bidang research. FYP, research yang aku buat bukanlah tentang kandungan makanan atau penghasilan produk baru. But the research that I'm joining in is bout effect food component in human blood...
korang ada terfikir tak kaitannya tentang makanan?
mesti ramai akan cakap, kenapa analyze blood?
tapi... tahukah korang yang melalui darah, kita akan tahu apakah kesan kandungan makanan tersebut ke atas tubuh badan kita?
yup! that's the reason why foodtechnologist is needed in this area...

food company
we need QC yang akan control the food production. sama ada makanan tersebut menepati kualiti makanan itu atau tidak.
 sometime, kat kilang juga ada consultant... who'll consult the company, how to produce beneficial food. siapa lagi nak bagi nasihat bout food kalau bukan foodtech kan?

pharmaceutical company
kena ada foodtech ke???
some company yang nak hasilkan functional food or supplement might need foodtech. we can do the lab work and also give advice for the supplement content.
percaya tak?

CDC!
CDC stand for Centers for Diseases Control and Preventions. you're responsible ton make sure the food is safe for consumption. from farm to table ^_* responsible on how foodborne spread and how to stop it... besar kan tanggungjawab tu?

halal industry
makin hari, makin ramai pengguna yang yakin dengan produk halal kerana kualitinya yang tinggi. foodtech adalah orang penting yang diperlukan dalam menghasilkan produk makanan halal dan bertangungjawab menganalisa kandungan makanan yang diragui tidak halal bersama JAKIM. 
banyakkan tempat nak kerja?
so you guys, who's interested in joining foodtech world, please don't be hesitate. it's very enjoyable!


Tuesday, 31 January 2012

bag packing!

assalamualaikum!

konbanwa~~~~ ^_^
ini entry orang nak pergi practical esok... hehe
tapi tamo story bout practical, nak story bout cerita pergi penang hari tu... masa pergi lawat putri kat hospital...

kitorang gerak around 5pm daripada UPM... heading to KL Sentral. train pukul 9pm sebenarnye tapi masing - masing gerak awal...
dalam train memang... YA ALLAH! rasa macam nak hempuk kepala pun ada. bolehlah pulak segerombolan *_^ kanak - kanak besar yang duduk dekat - dekat ngan kami tu pasang lagu kuat - kuat dan berborak tanpa henti. nasib baiklah aku ngan ana duduk jauh daripada diorang... yang lain - lain terpaksa melayan kemesraan kanak - kanak besar tu sampailah kami sampai kat bukit mertajam...
even duduk jauh sikit, tidur aku terganggu jugaklah dengan kekuatan volume lagu ombak rindu yang kanak - kanak besar tu pasang...

sampai - sampai kat buki mertajam, ayah intan ambik kitorang... time tu lebih kurang 6am... masing - masing muka mengantuk je tapi still happy... rehat and breakfast kat rumah intan sebelum pergi pulau naik feri...
thanks intan and family coz masakkan breakfast and bagi we all tumpang tidur ^_*

sebelum p hospital penang, sempat round komtar and belikan putri ngan ana birthday cake
sampai - sampai terus celebrate birthday diorang



virus jahat put dah xde... insyaAllah, lepas rawatan put akan pulih macam biasa...


we all akan sentiasa doakan yang terbaik untuk put...
*_^

balik daripada lawat put... aku, ili, ana, bell and kak tiqa ikut ain p rumah dia... sebelum p rumah ain, ain sempat bawak kitorang p queensbay mall...
serius sunset kat sana memang best! subhanallah... terkagum ok!


ni gambar yang aku sempat snap guna kamera phone cikai aku tu... ni gambar original tau, tak edit!


kami tunggu sunset sambil lepak tengok pulau jerejak... sangat cantik! memasing time tu sibuk cakap yang pulau jerejak ni tak sesuai jadi tempat buangan coz daripada kejauhan pulau tu nampak sangat cantik dan menenangkan... tapi agak misteri... hehe



 

gambar kanak - kanak yang sangat teruja jalan - jalan atas pulau... seronok p jalan ngan dorang ni, gelak tak henti - henti... memang tu syndrome yang paling jelas dimiliki oleh students food tech upm
^_*

satu lagi syndrome... snap gambar nonstop!


cantikkan layang - layang tu!
aku ngan bell dah gatal tangan nak main layang - layang tapi sangat segan sebab sangat ramai orang...



queensbay mall daripada tempat kitorang tengok sunset... kereta tak putus - putus kat atas jalan...
memang sesak langsung - langsung


ni gambar daripada atas feri... masa kitorang nak balik p seberang...


ain sempat bawak kami p makan char kuew tiau kat kedai ni
best!

insyaAllah
panjang umur datang lagi penang
either p lawat put lagi or p jalan - jalan
maybe boleh pergi dengan 13crew or family kan?
*_^

dear putri...
semoga cepat sembuh...

Tuesday, 10 January 2012

minor???

assalamualaikum...


ada lagi 4 paper untuk habis final exam. hari ni baru selesai pilih minor or pengkhususan untuk foodtech... alhamdulillah, dah pilih pun satu... insyaAllah pilihan yang terbaik *_^
untuk maklumanlah kan... untuk foodtechians upm, kami kena pilih satu minor... kat upm ada 5 minor yang ditawarkan which are

1. Food Engineering and Processing
2. Food Biotechnology
3. Quality Assurance and Food Safety
4. Nutritional and Food Functional
5. Entrepreneurship

somehow, menurut kata senior kitorang biotech is not available due to several reasons... rasa - rasa korang aku pilih yang mana???
secara jujurnya aku minat kat processing and functional food. dan aku pun dah pilih processing as my minor. hopefully this is the best choice... insyaAllah...

lepas balik daripada register tadi, aku mengalami sedikit *JK... hehe... jiwa kacau sebab tak confident kot... tapi, its remind me to my friend advice... bila hati kita tak tenang, salah satu cara untuk relax is by performing dhuha... credit to Nurfarahin Abdul Halim... May Allah bless u ^^

what so special about performing dhuha?

performing dhuha is considered as being grateful and thankful to Allah.  

"If you give thanks (by accepting Faith and worshipping none but Allah), 
I will give you more (of My Blessings)" [Quran 14:7] 

insyaAllah... hati kita akan tenang...
mengingatkan diri aku sendiri
"hanya dengan mengingati Allah jiwa kita akan tenang"

setiap apa yang Dia tentukan untuk kita
adalah ketentuan yang terbaik
kalau kita bersyukur dan redha dengan setiap kurniaanNya
dia akan memberi nikmat kepada kita daripada arah yang tidak disangkakan...

wish me all the best for my last 4 papers

1. Food Law
2. Unit Operations and Food Processing
3. Nutritional Changes in Food
4. Bahasa Jepun

to all foodtechians, semoga berjaya!

assalamualaikum...
^_* 

Friday, 6 January 2012

review SEM 5

assalamualaikum!

hari ni... dah hari keenam 2012... hari jumaat. alhamdulillah, Allah bagi peluang nampak lagi nikmat dunia selepas hampir 22 tahun hidup...
*menaip sambil menghitung hari*


dan hari ni, di kesempatan yang sepatutnya tak berapa nak sempat ^_*, rasa nak review balik SEM 5 yang tinggal lagi lebih kurang seminggu ni. tak pernah pun saya buat review, tapi tiba - tiba hari ni macam nak recall balik apa yang pernah terjadi. InsyaAllah, mungkin dapat betulkan semua yang silap... segala yang terkurang. siapa tahu kan?


SEPTEMBER

First day SEM 5... mama, nono, adik, amay, mak icha and also baby irfan hantar balik kolej selepas cuti panjang yang memang panjang... angkat barang masuk bilik... dapat room mate satu course... hati macam berdebar semacam - dua macam - tiga macam... sebab tak pernah rasa nak ada room mate satu course... dapat cik popot bilik sebelah and raja satu aras...

hari pertama pergi kelas jepun! pergh! berdebar ohkay! kelas siap tukar - tukar pulak...




OKTOBER

time nie memang hectic... busy dengan test dan yang paling memberi kesan, busy dengan GEMPUR REVIVE


highlighted! ^_* dalam sibuk - sibuk dengan gempur revive nyer, sempat jugak kitorang join KURSUS PRA PERKAHWINAN! sijil dah dapat dah pun... maksudnya dah layak lah kan? hehe... kalau ada yang berkenan dengan gadis - gadis foodtech bolehlah mintak tolong saya adjust kan? ^_^



NOVEMBER

macam - macam kena buat. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dengan kerjasama FOODTECH UPM yang sangat - sangat superb maka GEMPUR REVIVE menjadi realiti! sangat best! sambutan yang tak disangka - sangka. even penat, tapi rasanya berbaloi semuanya...


yang paling kiri tu la si penggerak dan pemacu utamanya... dan yang sebelah dia pulak adalah penggalak pertama cik pemacu... haha... kalau tak ada dua orang ni, memang tak wujudnya rancangan nak buat even ni!

bulan ni gak, salah seorang kawan kami dikhabarkan menghidap penyakit leukemia... penangat yang sangat hebat untuk warga foodtech upm... kami dah macam satu family rasanya. rasa sedih kan bila family yang kita sayang ditimpa musibah? macam tulah yang kami rasa... tapi sesungguhnya, setiap ketentuanNya itu punya hikmahnya yang tersendiri... 

PUTRI... doa kami sentiasa mengiri kau selama - lamanya... insyaAllah...






DISEMBER

bulan busy siapkan lab... siapkan assignments... selesaikan hal - hal internship... alhamdulillah... semuanya pun dah selesai... kebanyakan foodtech upm dah ada tempat intern... satu sem dah tak jumpa...

study week pun dah start... sekejap je rasa, macam baharu semalam start sem tapi semunya dah berlalu...


JANUARI

bulan ni... lagi seminggu dah nak habis sem... sekarang tengah final exam... apa aku dapat sem ni? lots...

1. seronok ada room mate satu course... boleh diskus tanpa perlu pakai selipar untuk pergi bilik course mate lain... hehe ^_^ terima kasih SHARUL NAZIA AHMAD KAMAL sebab sabar jadi room mate saya... akan rindu awak sampai bila - bila... <3 ^_*

2. seronok ada kawan raaaaaaamai sangat! ehe... geng kami ade 13 orang... plus semua foodtech upm mostly perempuan... yang melayulah kan... lelaki melayu food tech ade 5 orang je kalau tak silap... hakhak! tak sempat nak kira... so... kami sangat - sangatlah rapat antara satu sama lain... SAYANG AWAK - AWAK SEMUA SANGAT - SANGAT - SANGAT!

3. sem pendek yang sangat bermakna. ada berita gembira... ada berita sedih... semuanya ada hikmah di sebaliknya... hidup atas bumi Dia, kisahnya cuma Dia yang tahu... kan???

ada banyak lagi yang memberi kesan... secara ringkasnya... sem ni memang best lah...

LASTLY

saya
nak mohon ampun dan maaf pada semua foodtech upm
di atas segala kelemahan saya sepanjang sem 5 ni dan sem - sem sebelum ni
sem depan mungkin tak jumpa sebab masing - masing nak pergi intern
melainkan 
ada chan - cik popot - raja - ana
yang akan intern sama - sama dengan saya
^_*
semoga internship korang akan memberi faedah yang besar
dapat tolong kita semua jadi foodtech yang akan membawa manfaat pada agama, bangsa dan negara insyaAllah

selamat berjuang semua!

assalamualaikum...
 

Sunday, 1 January 2012

seni

assalamualaikum!

eh? nie entry first 2012 aq eh?
hihi
ok! seni
lari sikit daripada sains
tapi bagi aku
sains itu seni sebenarnya
seni yang cuma mereka yang ingin tahu je akan ambik tau
bukan maksudnyer orang yang belajar sains je akan tau pasal seni
tapi mereka - mereka yang tak belajar sains pun akan tahu pasal seni juga kalau mereka ingin tahu
ok... mungkin tagline hari ni
"untuk mereka yang ingin tahu"
^_*
lately
aku dengar lagu 
aku maafkan kamu by jamal abdillah ft altimet
and also
itu ini begitu begini by mirwana ft altimet

huh?
aku minat altimet?
hmm... entahlah plak... tak sempat kaji part tu lagi

tapi la ni bukan nak cakap bout altimet
tapi bout the lyrics

mungkin aku boleh qoute sikit - sikit

macam ni

"Aku merenung ke luar tingkap
Memikirkan masa aku yang kian singkat
Merancang usaha aku yang perlu ditingkat
Terkenang masa lalu yang lebih ringkas"

dan macam ni
"Yang lebih penting lebih senang dilupakan,
Yang gangsa digilap  kita sangka emas,
Kaca dikejar yang berlian lekas terlepas
Nasi yang dikendong senang tercicir
Bila sibuk mengejar madu mengalir dari bibir
Yang dijual murah untuk beli sepah,
Hingga tubuh kebulur, dan rohani resah"

and also this
"Malam tua tapi kita masih muda lagi
Gerak pantas mulut manis bila ada gadis,
Macam baju tukar laju biar mereka menangis,
Tak heran ada yang lain lain,
Kita saing bukan sukan hanya main main,
Bukan tempat aku untuk mencemuh mencaci,
Tapi aku bukan, lelaki itu lagi,
Kau ada hidup kau aku punya hal sendiri,
Lihat aku punya masjid indah yang terdiri,
Jauh sekali tempat aku mengadili
Tapi aku harap kau pandai membawa diri,
Kalau jumpa diluar pasti bertegur sapa,
Jemput ke rumah aku kalau ada masa"

actually, aku macam dah qoute the whole lyrics
tapi tak kisahlah...

tak tau sebenarnya penulis lirik nak cakap bout apa
tapi kalau ikut daripada definisi "orang bukan seni sangat" macam aku
its all bout changes
perubahan yang memberi kesan
daripada satu fasa yang kurang baik kepada yang lebih baik
perubahan yang mampu diterima oleh orang lain
perubahan yang dipandang serong oleh orang lain
penilaian yang selalu salah melebihi daripada sesuatu yang betul
sebab mata manusia itu jelas yang kasar
yang tersirat ini velocity untuk mendefinisikannya mungkin terlalu perlahan jika dibandingkan dengan kadar hadlaju cahaya?
*ok... yang tu mungkin aku je paham*

tapi hidup kita atas jalanNya
untuk dapat redha Dia
biar persepsi orang lain - lain
tapi yang penting persepsi Dia pada kita
right?


next!

Aku Maafkan Kamu

the official video tak keluar lagi
tapi aku boleh quote stanza yang aku sangat suka
*ini bukan sajak! stanza boleh guna for song tak?*

"ada teratak di hujung kampung
bawah cermin kopak ada kotak
tersembunyi dalamnya ada tempurung
sembunyi bawahnya katak melalak"

ada lagi few yang aku suka tapi korang cariklah lirik tu sendiri dan faham

we people
suka cakap sedap mulut
tanpa tahu yang mana betul dan yang mana salah
rasa macam profesor serba tahu
terus biar mulut cakap macam semua perkara yang keluar tu betul
without thinking the hukum and also the truth behind it
tanpa fikir respon hati orang yang mendengar

Itu ini begitu begini, Beza persepsi di sana-sini,
Cara dia dan cara mereka, Masing-masing punya citarasa,
Itu ini begitu begini, Gosip sensasi di sana-sini,
Kisah dia cerita mereka, Tak peduli benar atau dusta


p/s: mungkin... sampai satu tahap nanti... lagu malaysia yang ada "isi" akan mampu tersenarai dalam buku antologi... siapa tahu bukan?

Tuesday, 27 December 2011

who's food tech?

assalamualaikum!

sekarang tengah study week sebenarnya. tapi rasa macam ada something yang perlu ditaip pulak tiba - tiba. 
 
I'm googling for "something"... and of course it is bout food tech... food science and everything related to it...

sebagai seorang pelajar food science and tech, yang mana we learn both. the science of food and the technology developed with it, saya sedikit terasa bila masih ramai yang berbicara tentang kekurangan course yang saya sedang ambil ni...

senang cerita, hanya mereka yang ada di dalam dunia ni saja akan faham what is the main role of food technologist and also food scientist...

we have no title macam students who do medical study or engineering but we do have both their knowledge... walaupun bukan semua yang mereka tahu kami tahu, tapi it is enough to say yang food tech and science bukanlah course yang akan duduk senang - lenang without do nothing

we learn the surface of medical study
to make sure we know how to manufacture and produce good food for people
 
we learn the surface of engineering study
to make sure we know 
how to handle equipments and how to relate it with food productions and the machine efficiency
how to manage waste and make it usable to the earth
 
we learn nutrition
to make sure
we know what healthy and what is not
which food is fit and which one is not
what we need and what should avoid

we learn halal scope
to produce food that are safe for consumption
not only for muslim peoples but also to everyone

we learn the law
the steps that we should know to produce, process and market the product
the ingredients and it amount

we learn the chemical and biological aspects
to choose the correct ingredients to make good foods
to fortified the food
the physicochemical
which will meet consumers request

 it is lots more actually
tapi cukup - cukuplah kot
*_^
for those yang tak tahu what is food tech and science
please don't ever try to act like "saya bijak pandai"
I'm not saying I'm good
but at least I know what the course is all about
rather than talking rubbish and make people misunderstand

ilmu dunia adalah tangga menemui ilmuNya
hanya mereka yang mahu tahu
akan kenal mengapa semua ilmu dunia itu ada

be thankful with everything you have
 
assalamualaikum!

thousand things


will always miss him

the words
the voice
the kindness
the love

terima kasih en man
*_^

Friday, 7 October 2011

untungla...

untunglah...
kalau dapat tengok student food tech pakai skirt macam nie
*_^
 
 
buat muka comel habisan
sopan santun ya amat
memanglah sangat beruntung sapa yang berpeluang tengok semua tu

sebabnya
selalu batch kitorang just akan sarung sneakers, jeans ngan tshirt


paling up pun pakai baju kurung pergi lab...
tapi kaki still pakai sneakers
*_^


pak cik lab siap dah pesan lagi
"jangan pakai baju kurung"
 
tapi mungkin jugak bukan pak cik lab yang menjadi sebab utama
cuma jiwa yang masih setia dengan uniform harin tu buat kitorang lagi selesa pergi kelas pakai semua ni
*_^

Thursday, 6 October 2011

buku resipi

menghadap laptop dengan harapan nak tidur!
agak - agak korang boleh bayangkan tak perasaan aku sekarang ni?
super tamak lak ai!
nak on9 tp nak tdur gak...

baru lepas makan
nasi goreng kg plus cool blog^^
 
 
 ko chan blanje!
untungla... jadi orang tertinggal purse...
*_^

ari ni kelas nonstop from 10 am to 3 pm
paling nonstop mase nak pergi FBMK lah kn...
nak tnggu bas lagi
even dr chong bagi dismissed awal sekali pun
bas memanglah sangat tak ada
terlepas setengah jam kelas
nasib baik sensei xmarah...

tettt~~~
sensei ke???
haruslah...
sem ni aku amek jepun
baru belajar yang elementary punyer syllabus kot...
kesian kn???
belajar katakana ngan hiragana je pun
tapi apa pun x hafal
haish! memang kena jadi sangat rajinlah nampaknya coz next week da test I
uhu~~~
kalau x da bley usha en z ngan ckap jepun da
:D

semalam...

buat taufu fah
pernah makan?
kalau belum pernah boleh pergi pasar malam beli a...
*_^

setiap hari rabu je, semua orang da start excited coz dpt makan puas - puas...
lab manual tu dah jadi macam buku resipi dah!
bezanya bahan - bahannya bukan bawang atau halia...
dan garam bukan sekadar cukup rasa




untunglah sape dapat awek food tech
ari - ari makan makanan special
hehehe

tak adalah super special sangat pun
tapi dalam masa empat minggu kitorang masuk sem ni
kitorang da belajar buat  
 
yellow noodles
 

 ini semua memang stok baik punyer la...
pagi masak mee
petang buat sensory
kenyanglah jugak jadi panelist untuk sensory evaluation
tapi aku tak join buat sensory tu
so... sup petang tu bukan air tangan aku
coz aku punyer air tangan dah guna untuk wat moisture ngan ash test

second week
kitorang belajar buat
roti



see...
hebat tak hebat?
satu mixing mechine tu
12 pasang mata pandang
sempatlah jugak mechine tu rosak
maybe sebab dia malu kot
*_^
ye la...
kitorang kan majority sume gigirls...
haha
ade dua guy je kat lab kitorang nie...


lepas tu sambung dengan test gluten...

sebab apa buat test gluten?
sebab nak test gluten content lah kan...
buat roti ni gune high protein flour patutnyer
supaya boleh dapat roti yang fluffy...
gebu - gebu gitu!

gluten yang ada dalam high protein flour tu la yang bagi fluffy characteristic kat roti tu
kalau gluten sikit, roti tu akan jadi lebih rapuh


yang bulat - bulat putih dalam air tu la gluten
ni hasil selepas bebola tepung direndam dalam air selama 1 jam

memula air dia akan keruh macam dalam container yang sebelah kiri tu
lepas 1 jam, kitorang kene rinse bebola gluten tu dengan running water
then... perahkan air dengan kain untuk dapatkan bebola gluten yang baru
sebelum rendam balik selama 1 jam lagi


nie cik poka ngan ainni 
tengah buat misi bebola gluten

macamlah lebih kurang lab kitorang time buat roti tu...
belum lagi masuk lab biokimia
lagi banyak apparatus ngan chemical yang kitorang kena handle dan kenal
*_^

dan semalam...
dapatlah buat
taufu fah...

 
taufu fah ni buat guna soya bean...
steps nya lebih kurang camni la...

kacang tu kena rendam dalam air
ambik masa dalam 4 ke 8 jam
tapi kalau tak nak rendam, boleh rebus selama 20 minit
tapi rasa dia lainlah kot...

lepas rendam...
bilas kacang soya macam korang nak masak nasi selalu tu
lepas tu kita grind kacang soya tu untuk dapatkan soy milk
lepas tu, kita akan pasteurized kn susu soya tu
tapi sebelum pasteurized kena tambah anti foaming agent
supaya buih - buih yang terhasil time grinding tu hilang
tak adalah soya korang berbuih terlebih nanti...

lepas tu
kitorang tambah glucono delta lectone or GDL untuk buat taufu fah...
kena tunggu dalam 45 minit lah lebih kurang untuk biarkan susu soyan tu jadi taufu fah


dan!!!
inilah hasilnya
tapi aku tak rasa pun
coz pergi buat lab biokimia
xpelah kan...
lain kali aku buat sendiri

somehow
En Razali ade buat air soya
and raja ada bawak balik satu botol
tak adalah aku kempunan sangat ngan taufu fah tu
*_^

p/s: pasang niat nak pergi pasar ss!