tabung gajah^^

muka surat

Wednesday 11 April 2012

kasih ibu

ibu dan anak
bagi saya itu frasa yang sukar untuk dipisahkan
ikatan yang sukar untuk diputuskan
kebergantungan yang saling memerlukan
ibu itu bagai tangan kiri bagi si anak yang bagaikan tangan kanan
saling bantu - membantu
saling pincang bila kehilangan
kadangkala
kita sebagai anak, sering lupa akan kebergantungan ini. sehingga mampu menyalahkan ibu sendiri di atas kesilapan diri. 
bila tidak mampu memiliki sesuatu barang yang kita ingini
kita salahkan ibu yang tidak mampu membiayai
bila hati bersedih kerana dipandang rendah
kita memperlekehkan usaha ibu mencari nafkah membesarkan kita
bila mengalami masalah
kita menuding jari pada ibu yang tidak dapat membantu
tanpa kita sedar, ibu tersentuh hati dengan setiap perlakuan kita. ibu sedih dengan setiap kata - kata kita.
pernah sekali, saya berada di satu sesi ceramah yang disampaikan oleh Saudara Farihin Abdul Fatah di surau kolej saya. tersentuh hati saya dengan perkongsian beliau, akan kisah semasa pemergian arwah salah seorang ahli kumpulan Raihan.
Ibu kepada arwah berdoa di hadapan kubur arwah selepas dikebumikan supaya arwah ditempatkan di syurga. subhanallah... hebatnya cinta seorang ibu.
jika kita sebagai anak, pernahkah terlintas untuk mendoakan ibu kita ke syurga?
atau
pernahkah terlintas di minda kita, yang ibu kita akan mendoakan kita ke syurga di hadapan kubur kita? 
saya percaya kenyataan kedua itu pasti akan berlaku. Namun, kenyataan pertama itu seringkali jarang berlaku.
sebagai anak
mengapa kita selalu lupa akan tugas sebenar kita?
akibat terlalu mengimpikan kesenangan dunia, kita lupa menjaga hati ibu kita. 
apalah adanya dengan wang ringgit tanpa kasih seorang ibu?
apalah ada rumah besar dan kereta mewah jika kita berada dalam kesusahan kita masih menyalahkan ibu?
apalah adanya dengan isteri/ suami dan anak - anak jika kita tidak mampu membahagiakan ibu kita?
“Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kau berbuat baik pada ibu bapamu dengan sebaik baiknya. Jika salah seorang di antara kedua-duanya berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka janganlah kamu sekali-kali mengatakan kepada  keduanya perkataan ‘ah’ dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkan kepada mereka ucapan yang mulia. Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah “wahai Tuhanku, kasihanilah mereka berdua telah, mendidikku sewaktu masih kecil.”
(Al - Isra’: 23-24)

Jagalah bicara kita kerana mungkin ia melukakan.



0 comments:

Post a Comment