tabung gajah^^

muka surat

Tuesday 10 April 2012

mari menjadi hamba!

assalamualaikum!

"MARI MENJADI HAMBA"

yup! mungkin ramai yang dah biasa dengar, lebih - lebih lagi yang gemarkan hasil nukilan tangan warga http://langitilahi.com/


tagline simple yang mampu memberi kesedaran kepada mereka yang membaca. itu yang membuatkan saya suka dengan sebab yang entah apa ^_*

daripada tagline simple tulah datangnya satu kesedaran di bawah sedar untuk menjadi hamba. 

"Dan tidaklah Kami ciptakan jin dan manusia itu melainkan hanya untuk beribadah (kepada Kami)"
(Az - Zariyat: 56)

prinsip mudah untuk menjadi hamba adalah berkait rapat dengan 

amar makruf nahi mungkar

menjalankan segala suruhanNya dan meninggalkan laranganNya. 

ramai yang terus mencuba untuk menjalankan suruhanNya namun tidak pernah berusaha untuk meninggalkan laranganNya.

selalu kita dengar,

dia berhijab, namun hatinya tidak

atau dalam bahasa kasarnya

"pakai tudung tapi mulut macam bangkai!"

sedikit tergerak untuk saya menyentuh hal ini tiba - tiba. entah, mungkin kerana saya tergolong dalam kalangan mereka yang bertudung yang tidak mahu dilabelkan dengan kenyataan - kenyataan seperti di atas.

dalam misi menjadi hamba

kita sering lupa untuk memperbaiki diri dengan meninggalkan keburukan. yup! memang kita memperbaiki diri. memperbaiki diri dengan cara menutup aurat dengan lebih sempurna, meningkat kualiti ibadah wajib dan sebagainya. tapi, kita tidak mencuba untuk meninggalkan kemungkaran yang mungkin telah kita biasa lakukan.

contoh mudah yang senang kita lihat

1. bahasa kasar yang kita gunakan bila berbicara
 2. berprasangka buruk pada orang lain
3. memandang rendah terhadap kelebihan orang lain
4. memperlekehkan perubahan orang lain 

etc. etc. etc.

sedarkan kita semua keburukan itu mampu membunuh kebaikan dalam diri kita?

saya disedarkan oleh satu cara mudah untuk menjadi hamba

musnahkan keburukan dan ciptakan kebaikan

kikis sikap buruk kita dan dalam masa yang sama, suburkan kebaikan untuk menggantikan keburukan - keburukan tadi.

isikan ruangan kosong keburukan tadi dengan kebaikan. kerana, sekiranya kita tidak mengisi ruang kosong tersebut dengan kebaikan, kelak keburukan lain pula akan mengisinya.

memang, bukan mudah untuk menjadi lebih baik tapi tidak salah jika terus mencuba

berusahalah kerana usaha itu yang Dia mahukan

saya pesan pada diri 

kalau salah tolong tegurkan

assalamualaikum!
^_* 
 

0 comments:

Post a Comment