tabung gajah^^

muka surat

Sunday 15 April 2012

rusuk kiri

saya bukan ustazah
bukan juga seorang yang sangat sempurna
saya hanya manusia biasa yang masih cuba untuk mencari kesempurnaan
apa yang saya coretkan hanya pandangan daripada satu sudut di hati saya
pendapat yang mungkin masih ada kekurangannya

rusuk kiri
frasa yang selalu dikaitkan dengan jodoh atau teman hidup
remaja selalu seronok bila topik jodoh diketengahkan. boleh tarik senyum sampai ke telinga!

tapi kali ini saya bukan mahu berbicara tentang

siapa jodoh kita?
di mana nak jumpa?
bila agaknya akan jumpa?

tapi saya ingin berbicara tentang tanggungjawab.
saya belum bertunang atau bernikah tapi saya suka memberi pendapat berdasarkan semua yang saya lihat.

kita selalu dengar, rusuk kiri itu akan melengkapkan
pemilik rusuk kiri itu akan melindungi
tapi, kadangkala
keikhlasan rusuk kiri itu melengkapkan, seakan - akan diperlekehkan malah diperkotak - katikkan

untuk sahabat - sahabat lelaki
pesan saya
seandainya benar kalian mencintai rusuk kiri kalian
zahirkanlah dengan kasih sayang
tegurlah dengan hemat
berbincanglah dengan harmoni
sekiranya rusuk kiri kalian dirasakan tidak sempurna
bimbinglah
kerana itu tugasan kalian sebagai pemiliknya
mungkin dia tidak boleh diluruskan kerana sudah sedia bengkok
tapi saya percaya
dia masih mampu dibimbing menjadi lebih baik walaupun tidak sempurna

buat sahabat - sahabat perempuan
rusuk kiri yang menjadi buruan
pendamping sedia pemiliknya
jadilah peneman yang sempurna
pendengar yang setia
sahabat yang sentiasa ada, di saat susah atau senang
sekiraya pemilikmu melakukan khilaf
tegurlah dengan kelembutan
sedarkanlah dengan kasih sayang
kerana kelak Dia akan ada untuk membantu


Dia menciptakan Hawa untuk Adamnya
Dia juga mengurniakan kasih di hati - hati kita
hanya kita yang menghancurkan kasih itu kerana kita buta dek hasutan syaitan yang suka memusnahkan
sekiranya benar rusuk kiri itu melengkapkan
janganlah dipersiakan kehadirannya
kelak, kehilangannya bakal menyakitkan

 

0 comments:

Post a Comment